Friday, January 25, 2008

Warga Singapura Ditahan Bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA)

Tercetus lagi kes warga Singapura dipengaruhi pahaman radikal melalui alam maya. Jika dahulu kita digegarkan oleh berita seorang peguam dengan pahaman radikal, kes yang terbaru ini membabitkan tiga orang anak muda berusia 26 tahun.

Menurut liputan akhbar, dalang pahaman radikal ialah Zamri. Beliau telah menyebarkan pahaman radikalnya kepada rakan kenalan. Zamri dipercayai menuai pahaman radikal melalui lelaman-lelaman yang berlegar di alam maya. Kebanyakkan lelaman yang dilawatinya berunsur Jihad mengganas dan menpunyai penerbitan dan video yang bertemakan sedemikian. Kedua-dua rakannya yang ditahan telah depengaruhi oleh idelogi jihad mengganas Zamri.

Tatkala menerima berita ini semalam, saya cuba melungsuri dan mencungkil lelaman-lelaman kumpulan pengganas. Menemui lelaman tersebut tidaklah payah, malah terdapat ribuan lelaman sedemikian. Sebahagian besar lelaman sedemikian menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran untuk pengaruh sedangkan masyarakat umum tahu Islam adalah agama damai. Persoalan yang berligar di benak saya adalah mengapa masih ada lagi separuh dari masyarakat kita yang terjebak dengan pahaman radikal ini?

Opresi terhadap penganut Islam memang berleluasa di Negara-negara seperti Palestine dan Chechnya. Bagaimanapun, haruskah keganasan dibalas dengan keganasan? Sedangkan Rasullullah(SAW) sentiasa mungkin menyelesaikan segala pembalahan dengan damai, mengapa umat Islam tidak mungkin mengikut contohNya?

Masyarakat damai Islam Singapura terjebak ke lembah syak wasangka sekali lagi apabila berita penangkapan mereka bertiga diiringi dengan penjelasan bahawa mereka cuba sedaya upaya mempelajari kegiatan pengganas. Salah satu daripada kegiatan mereka adalah menerima latihan luar Negara daripada kumpulan pengganas serantau.

Segala usaha untuk menjernihkan syak wasangka terhadap masyarakat Islam Singapura selepas 9/11 seperti sia-sia sahaja menyusuli berita buruk terbaru ini. Walaupun begitu, Kak Pah berharap jurang keretakan kepercayaan masyarakat lain terhadap Islam tidak akan menjadi lebih keruh. Semoga segala kekusutan diselesaikan dengan cepat dan segala keruh diperjenihkan.